Wednesday, July 05, 2006

Hari Raya Haji di Terengganu (2006)

Cantik tak baju raye aji Hami? Vest tu Ayah Di punye mase kecik2 dulu
Biasenya bile raye aji, dieorang suke buat barbeku. Best, ada ayam, daging, sosej.....
Kiteorang buat waktu malam. Petangnya, Ku dengan Ayah Di tengah buat persiapan untuk memanggang. tapi tengok Ku tu, bukan buat keje pun, main2 aje....
Ayah Di pun sama, main2 api. Kalau macam tu la rupenya, memang hangusla ayam dengan daging nanti
Ayah Ri sedang mula memanggang tapi seperti abang2nya jugak, tidak serius dalam menjalankan tugasnya
Lihatlah hasilnya, cuba tengok ayam yang kat hujung tu, abis rentung. Inilah akibatnya jika bermain2 di waktu kerja
Akhirnya, mak selaku Ketua Chef terpaksa membuat pemeriksaan terhadap pekerjanya. Kelihatan Ayah Di cuba memberikan penjelasan dengan sarung tangan rabbitnya untuk mengcover tangannya yang telah melecur akibat bermain api tadi.

Tuesday, July 04, 2006

Hari Raya di JB (2005)

Hami beraye kat Johor dalam raye ke-5/6, jadi dah kurang beraye dah. Ni kat Mama Cop Papa Grill, Danga Bay. Tengah tunggu Tuk Laki dengan Atuk. Hmmm, perut Hami dah lapar dah ni........
Tuk Laki dengan Atuk baru sampai dari Singapore. Terus je dieorang makan. Cube tengok mulut dieorang, kembung dengan ciken cop. Dah tak pandang kiri kanan dah.

Hari Raya Pertama Hami (2005) - Terengganu

Selamat Ari Raya! Hami tengah bersiap nak pegi sembahyang raya ni. Siap pakai sampin, tapi labuh lak......
Tahun ni tema warna Hami sekeluarga ialah ungu. Sebab tu tak sama dengan dieorang
Ni mase Hami beraye di Dungun

Seronok betul naik kereta ni. Tengok aa, sampai ternganga mulut Hami......
Burung nilah yang pandai bercakap tu. Kan aritu Hami ada cerita.

Bulan Puasa Pertama Hami (2005)


Ku belikan Hami kerusi, sempena bulan puasa. Ku kate, senang sikit nak makan.
Tengok aa mak makan, tak ingat Hami langsung.

Monday, July 03, 2006

Aksi Hami Ketika Di Luar

Hami main buai kat KLCC. Wah, bestnya........
Ku baru beli benda yang kat kepala Hami. Ku Kate, nanti tak sakitla leher Hami. Yelah, takut gak Hami, kang kepala teleng lak!
Ni Hami tengah naik ERL, nak balik Terengganu. Pelik jugak naik kereta panjang ni.
Nanti sampai Terengganu kena la tukar nama jadi ISKANDAR
Ku selalu bawak Hami pegi kedai mainan. Seronok betul, rase macam main semuanya!
Seronok tengok je, ku tak beli pong
Mase ni baru balik dari sekolah. Comel tak muke Hami? Sebenarnya Hami nak berak, hehehe....